Labels

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Qurban @ Haji @ Eid Ul-Adha



[Title: HAPPY EID UL-ADHA]

Kepada semua saudara seislamku, saya dahulukan ucapan Selamat Hari Raya aidil Adha.... sama-sama kita berkorban dan Gemakan takbir pada hari yang mulia ini... ringan-ringankan tangan untuk membantu.... N kalau yang akan balik kampung or on the road DRIVE SAFELY..

Akhir sekali, mari kita kenangkan dan ambil pelajaran daripada kisah nabi Ibrahim dengan Ismail... dan memikirkan semula setakat mana pengorbanan kita lakukan untuk Allah SWT membuktikan cinta kita kepada-Nya....hoh

SELAMAT HARI RAYA HAJI
YOP, JOM GEMAKAN TAKBIR N BERKORBAN....!!

[Note: hoh.... not forgetting selamat berbuka puasa bagi yang berbuka puasa hari nih.... N Selamat Hari Raya Haji saya ucapkan kepada my family, sedara-mara, jiran2, rakan2, Sahabat seperjuangan, Guru2 n semua yang mengenali.... ^__^]

Monday, October 31, 2011

Hoh sorry guys!!




[Title: Drive Safely]

sorik tak post 2 weeks... banyak traveling....plus hujung minggu lepas internet down... so ill be posting back2back post for 2 weeks..hoho [sebagai denda keatas diri sendiri...hihi]

[note: been traveling a lot lately.... and one thing for sure... banyak tol kemalangan... harituh kereta eden abis.... jumaat lepas lak abang ipar nyer kereta lak kemalangan.... adeh... anyhow found one of my old drawings, kinda cute... kasi touch up sikit jer.. SO DRIVE SAFELY GUYS]

Monday, October 10, 2011

celoteh: putting up label

hoh dapat pun letak label kat tepi, senang sikit korang nak surf karya2 yang ada dalam blog nih.... baca kat tenet kata takleh lah apelah, last2 tanya cuz jer hoho.. senang je step dier:
  • labelkan semua karya korang dengan pi kat dashboard and tekan edit kat blog korang, kat belah atas ada tulis label Actions, so labelkan karya2
  • than pi kat design and add gadget, carik labels
  • done
hihi... got to give a big tanks to ma cuz iki ali... =)

Tuesday, September 13, 2011

Celoteh

[title: Life Painting]

Insya-Allah lukisan-lukisan yang akan di post berkitar sekitar tema kehidupan... asalnya nak namakan blog nih lakaran kehidupan... tapi ada orang ambil dah nama tuh, huhu.

Anyway, i will try to post once a week... takut post2 banyak2 pastuh pancit cam pernah sebelum2 ni...Harap usaha-usaha nih berbuah ibadah... jom manfaatkan our talent utk kebaikan masyarakat, nation n ummah... [^_^]

[note: tgh malas lukis, banyak gambar2 lama tak color lagi...hoh... by the way where the hack brush dalam adobe yang aku letak untuk gambar sebelum nih..huhu... nak guna]

Saturday, December 5, 2009

SAQ MEDIA DAY..

fuh exciting day for me... lama dah nak belajar bende2 nih.. well today was SAQ media day.. the main focus was to teach the basic use of adobe photoshop and also basics on taking picture.. Kursus ni di sampaikan fully oleh saudara Nazmi... well here are some of the work the me and ma friends produced today...


firstly kitorang belajar basics tools n basics stuff utk buat posters



pastuh learn camne nak letak effects basics kat gamba



The next session was on the basics of taking picture. belajar button2 basics n stuff.. at the end we were given a group tasks that is to take some picture and applying what we learned in the session earlier and try to come up with a poster.. well here is what my group produced:


(before)


(after)
harap apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan... n also hope that SAQ will come up with more programs such as this.. so guys apalagi next time jom join!! hihi



Thursday, December 3, 2009

NEW SEMESTER!!

a new semester has started... what to do now!!??
actually byk benda that i would like to share with u guys cuti baru2 ni...
Lets do something rit away.. anyway got to start planning for this semester...
u know what they say..
' kalau kita tak isi masa dengan benda bermanfaat, ruang tersebut tetap juga akan diisi dengan benda yang lain'
most probably benda yang tak berfaedah tak gituh..


by the way i forgot to say 'Welcome Back' to u guys... lets start this semester with a BooooM!!
YOSHHH!!


(ambil gamba lama malas nak lukis hihi)

Tuesday, September 8, 2009

DIARI: ERTI MERDEKA

Macam hari jumaat biasa, lepas dengar azan baru bergegas keluar rumah. “Zooooom”, bunyi keretaku membelah angin. Tiba-tiba momentumku terhenti. “Aiseh man, JAM lah pulak!”, rungutku sendiri . Terpaksalah kali ni solat kat masjid kampung sah tak sempat nak sampai kat masjid uniten. Kali pertama aku cuba solat kat sini. Boleh tahan ramai juga jemaah yang berkumpul dekat masjid ni. Tanpa berlengah-lengah ku mencelah para jemaah masjid mencari ruang kosong untuk melabuhkan punggungku ini. Fuh, lega teramat..


Setelah azan kedua dilaungkan khutbah pun bermula. “Tajuk khutbah kali ini adalah penghayatan terhadap Hari Kemerdekaan”, kata mimbar. “Ah tajuk bosan lagi, gerenti tidur lentok punya” , rungutku lagi. “Apakah ertinya kemerdekaan?”, kata mimbar lagi dengan suara yang tegas. Aku tertarik dengan persoalan itu. “Mengapa umat islam di Malaysia masih lagi dibelenggu masalah kemunduran walaupun sudah lama mencapai kemerdekaan? Mengapa mentality kita seolah-olah masih lagi dijajah? Bagaimana pula dengan saudara2 kita yang sedang susah yang tidak dapat merasai nikmat merdeka seperti kita?”, persoalan demi persoalan yang dilepaskan seolah-olah seperti peluru yang ditembak khas untuk menyentak hatiku dan para jemaah lain. Fikiranku mula melayang-layang terbawa-bawa dengan persoalan-persoalan itu.


Aku mula terbayang-bayang muka saudara-saudaraku yang sedang susah di serata dunia. Saudara-saudaraku di Palestine pada masa ini sedang dalam ketakutan diancam pihak zionis yang diburu bagaikan binatang siang dan malam. Bagaimana pula keadaan saudaraku di Iraq yang sedang berhadapan dengan kemelut dalaman akibat campur tangan syaitan bertopengkan manusia. Di Afrika pula masyarakat mereka menghadapi isu ‘starvation’ dan krisis wabak penyakit.


Tetapi aku di sini sebaliknya pula, masih lagi bersenang-senang dengan nikmat yang dikurniakan tuhan. Siang malam aku leka dibuai keindahan dunia dan hiburan pula dijadikan teman. Mengapa aku seringkali terlupakan nasib saudara-saudaraku diluar sana? Bukankah dengan adanya nikmat kemerdekaan ini adanya juga satu tanggungjawab? Adakah aku akan dihukum tuhan di hari pembalasan kerna alpa dan berlepas tangan?

Ku fikir balik betapa untungnya kita dikurniakan kemerdekaan, bukan sahaja kemerdekaan terhadap penjajah yang sudah lama menjajah tanah air kita malah terhadap masalah seperti kelaparan dan jua peperangan. Tetapi malangnya mentality kita masih lagi dijajah dengan hiburan dan urusan seharian yang melalaikan. Mengapa kita masih lagi mundur walaupun setelah lama mencapai kemerdekaan? Mengapa kita berpeluk tubuh dan enggan memberi bantuan?

Sedarlah umatku kemerdekaan ini adalah amanah tuhan…
bangkitlah umatku menyahut seruan,
bersatulah umatku melangkahkan gerakan,
bersamalah umatku menuju kejayaan…


Dalam tidak sedar mataku mula berkaca-kaca dan tersentakku dari lamunan mendengar iqamah dilaungkan. Aku bangkit menyahutnya dan solat jumaat pun dimulakan. Hanyut kami dalam kekhusyukkan melaksanakan ibadah……


LUQY88 9/9/09

Sunday, August 30, 2009

Ziarah Member Di Ambang Merdeka!!!

Semalam ana dan member ana pi ziarah member kat hospital.. member ana tuh terlibat dalam satu kemalangan pada petang hari sebelum dekat Kota Warisan Sepang KLIA. Dahsyat gaklah. Time dia bawak tah macam mana sama ada dia terlelap kejap or hit something, kereta dia tiba2 lost control, so dia pun breaklah. So bila dia break, the car lost balance n terus accident. Kalau orang tgk keadaan kereta tuh memang boleh kata takkan idup lah. All 4 tyres rosak n all the windows got smashed open. Kawan ana tah macam mana terselamat with just a scratch in the face dan terseliuh tengkok dia. Lepas tuh dia sendiri kuar dari kereta tuh to save himself takut-takut kereta tuh meletup (tapi eventually tak) and called his friend using one of the bypassers phone that watched the accident. According to a few people that watched the accident, they said the car had rolled 4 times before it stopped during the accident. So you can imagine how much damaged it cozed senang kata kene tengok gamba gak haha.. here is some pictures..






Time ana n member ana pi ziarah dia dah ok dah. Dia sendiri yang admit diri ke hospital takut apa jadik kan. Sebab sebelum tuh dia ada pitam jap plus bila dia makan benda cam muntah2. Takut internal damage or something. Tapi Alhamdulillah semua ok time tuh family member dia pun ada bersama gak. Dia sambung cerita. Dia kata time kejadian dia tak berapa igt. Cuma dia ingat bila kereta dia lost control dia cepat2 pegang nama Allah yang dia gantung kat kereta dan sebelah lagi tangan kat stearing. dan Alhamdulillah dia kata dia keluar selamat dari kemalangan itu. Allahuakbar, Allah Maha Besar. some more pics ana n member ana kat hospital utk tatapan.. hihi







So just some words of advice bila musibah menimpa kita, kita kenelah bermuhasabah mungkin ada silap yang kita lakukan dan mesti ada hikmah sebalik kejadian itu kerana tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia2. N as a friend and more importantly as a muslim kita ada tanggungjawab terhadap our brothers n sister. So tolonglah mereka bila mereka perlu n ziarah mereka bila mereka sakit. Coz orang yang sakit nih pelik sikit diorang akan rasa lebih sihat bila member datang, and it is good for their recovery. Lastly for those yang menziarah lak ambiklah pengajaran semoga kita juga turut mendapat hikmah daripada kejadian yang menimpa kawan kita tersebut. Sedar2 kitorang terlupa last2..... LAH SEKARANG KAN TENGAH AMBANG MERDEKA.. tergelak ana n member ana. So sebelum kitorang balik pi minum2 kat restaurant kat bangi n sambut ambang merdeka kat situh jer..HAHA..!!!


waduh cuak lah lepas nih bila bawak kereta......!!

Saturday, August 29, 2009

10 DAYS MARK....!!

Sedar tak sedar tak sedar Ramadhan sudah pun hampir kepada 10 Days mark....




amalan bulan puasa pun alakadar sahaja.. banyak dugaan.. kebanyakannya dari diri sendiri
suka sangat bertangguh..
sesal tak sudah... tapi takkan takde tindakan



kene banyak muhasabah.....
KENE PERBAHARUI NIAT DAN AZAM....!!!



takpe still have time usaha habis2 san.... semoga Ramadhan kali nih lebih baik dari sebelum...
YOSHHHHH!!!