Tuesday, September 13, 2011

Hearing The Signs

[title: Hearing The Signs]

Seringkali kita mendengar music bermacam-macam.. ada layan dangdut, ada layan rock and some RnB. Tapi cuba kita pergi berkelah di hutan, di sungai atau di tepi pantai.. berhenti sejenak, pejam mata dan mendengar bunyi yang dihasilkan alam ciptaan Illahi.... terasa aman bukan!!? mungkin kita tertanya begitu.. barangkali kita terlupa firman Allah:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" [Surah Ar-Ra'd:28]

hati kita tenteram kerana melalui apa kita dengar sebentar tadi kita dapat berhubung dengan fitrah kita, dengan alam yang patuh dan tunduk kepada Allah s.w.t.... hati kita begetar sama dengan frequency alam tersebut, secara tidak langsung kita sedang zikrullah, dan kita akan berasa tenang...

so, salu-salulah kita mendengar 'The Signs' yang Pencipta kita tinggalkan supaya kita sentiasa terkenang akan-Nya, Insya-Allah hati akan rasa tenang... [time hujan pun boleh cuba], moga-moga kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa dan bersyukur... ^__^

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu PENDENGARAN, penglihatan serta hati agar kamu bersyukur." [Surah An-Nahl: 78]

[note: hoh awat tah lately suka main tool smudge, cam best. Gamba nih dah lukis lama. takde masa nak mengalor je..hoho]

No comments:

Post a Comment